SMKE7@e-Challenge

Pertandingan Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan

 
Masa itu Emas

Relax Sebentar
Link Projek Ahli-ahli
Video Info Projek

KAMI ANTI-ROKOK
BERHENTILAH MEROKOK
KATAKAN TAK NAK
Katakan Tak Nak

Guru Bertugas Mingguan


Info Tugas

MINGGU 23

26 Julai - 30 julai 2010

Guru Bertugas
En.Zulkurnain bin Mohamad
En. Abdul Wahab bin Saat
Cik Norhidayah bt Abd Aziz
Pn. Latipah bt Nordin
Pn. Rafidah bt Rawi


Pemantau
Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional

Unit Beruniform Yang Bertugas
Bomba

Kelas Yang Bertugas
2 RK Sigma



Jam 12 tengah malam 10 Julai 2009 tamatnya tempoh pertandingan ICT LMS
Friday, July 10, 2009
Syukur alhamdulillah, dengan kesibukan masa yang terlalu padat, dan peruntukan masa yang terhad saya telah dapat menyempurnakan Blog Khas e-Challenge bertemakan Pertandingan Aplikasi Web dalam Pendidikan sempena pertandingan ICT anjuran UPSI dan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama buat pertama kalinya.

Ternyata kesan dari pertandingan ini begitu hebat sekali. Saya dan setiap pelajar, mendapat banyak ilmu terbaru... terutama dalam penggunaan Google Doc dan Google Sites. Minat pelajar-pelajar saya semakin mendalam, malah diantara mereka telah menerokai sendiri dan telah menguasai kemahiran Program Java, Hot Potatoes, Photoshop, Photo Story, Movie Maker, Flash dan sebagainya. Memang sungguh mengkagumkan jika diberi peluang kepada budak-budak ni!

Lantaran itu juga saya telah mencadangkan Kelab Komputer dan Briged Siber dengan kerjasama Unit ICT SMKE7 menganjurkan Pertandingan Blog bercirikan pendidikan di peringkat sekolah diadakan. Ianya telah dilancarkan dan sedang berlangsung sekarang sehingga tempoh berakhir 31 Ogos 2009. Setakat ini sambutan begitu menggalakkan.

Saya juga ingin mencadangkan agar setiap unit/jabatan/Kelab/Persatuan/Unit Uniform di setiap sekolah mempunyai blog masing-masing agar pihak Pentadbir/PPD/JPN dapat memantau lebih dekat perkembangan sesebuah sekolah.

Setiap pertandingan pasti mengharapkan kemenangan. Tetapi setiap pertandingan tidak semestinya memperolehi kemenangan. Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Andainya kemenangan menyebelahi kami, pasti ianya menjadi perangsang bagi kami untuk terus berjuang dalam memartabatkan penggunaan ICT dalam Pendidikan!

Terima kasih semua yang telah memberi sokongan dan tunjuk ajar terutama bagi pihak UPSI dan PPD LMS.
Sekian. Wassalam.
Cikgu Zulkurnain @ Zulbestari
10 JULAI 2009
posted by cikgu zul @ 7:49 PM   0 comments
Taklimat Pengurusan Blog

Satu Taklimat Pengurusan Blog Daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan pada hari Jumaat 10 Julai 2009 Jam 2.30 - 4.30 petang di Dewan Arif Budiman Pejabat Pelajaran Daerah . Taklimat telah disampaikan Penolong PPD Teknik dan Vokasional En Mohd Ravi dan Pegawai Khas En. Nasaruddin.
Di antara beberapa taklimat penting yang disampaikan ialah:
1. Blog-blog sekolah hendaklah sentiasa diperkemaskini.
2. Pihak PPD sentiasa memantau blog bagi setiap sekolah terutamanya bagi melihat hasil blog bagi setiap peserta yang telah menghadiri "Kursus Pembinaan Blog" di Pulau Pangkor terdahulu.
3. Setiap blog yang dihasilkan wajib mematuhi etika penggunaan internet dan dilarang sama sekali melanggar peraturan yang boleh mencemarkan imej sekolah dan PPD.
4. Sekolah-sekolah yang masih belum mempunyai blog diharap dapat membinanya.
5.
Sekolah-sekolah yang menyertai Pertandingan ICT diingatkan tempoh masa membina dan mengemaskini blog adalah sehingga jam 12 tengahmalam 10 Julai 2009.
6. Guru-guru juga telah didedahkan tentang cara bagaimana mem "backup blog" dengan menggunakan perisian yang disediakan agar blog-blog mereka tidak mudah di ceroboh/digodam/dirosakkan oleh "hacker" atau "virus"
-zulbestari-
8.08 pm 10 Julai 2009
posted by cikgu zul @ 7:10 PM   0 comments
1Malaysia Untuk Kita Semua
Thursday, July 9, 2009

posted by cikgu zul @ 11:40 PM   0 comments
Penyelaras

ZULBESTARI@016-5024755

  • ZULBESTARI TWITTER
  • AHLI-AHLI:
  • AMMAR LUQMAN
  • AZRI FAHMI
  • LUTFIL HADI
  • PICASA WEB ALBUM
    TAHUN HIJRAH


    JUMLAH PELAWAT
    stat counter

    PEPERIKSAAN PMR
    PEPERIKSAAN SPM & STPM
    FALSAFAH PENDIDIKAN

    Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    Senarai Artikel
    Rekod Penghantaran
    Web Pautan
    Link Akhbar Anda
    Anjung Bicara
    Link Semakan Online
    Ditaja oleh
    BLOGGER

    Web Kawan-kawan
    © 2009 SMKE7@e-Challenge by Zulbestari